Saturday, November 27, 2010

Hiasan Bilik Su Faridah




Hiasan bilik perkahwinan Su Faridah pada 20 november 2010 di Batu 4, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu Kelantan. Hiasan bertemakan hijau putih...













Sunday, November 21, 2010

Koleksi bekas hantaran Pesona

Salam, ramai yang sms saya bertanyakan tentang hantaran dan bekas hantaran. ok kat sini saya postkan antara koleksi bekas hantaran oleh Pesona Cinta.

Tuesday, November 9, 2010

Kenali Warna Solekan Sesuai untuk Warna Kulit Wajah

Tips hari ni adalah tips solekan. Ramai yang kurang arif tentang warna2 yang sesuai dengan mereka. Ramai yang membuat pemilihan warna berdasarkan kepada warna baju yang mereka pakai. Kita boleh juga berbuat demikian, tetapi takkan la klu kita pakai warna merah. maka warna make up pun merah, cantik ker?? kan glamour sangat plak kan. ok kali ni akak berikan sedikit tips pemilihan warna solekan.

Warna kulit adalah faktor penting yang mempengaruhi pemilihan warna dan jenis kosmetik yang kamu perlukan. Berikut adalah panduan pemilihan warna kosmetik yang paling sesuai untuk warna kulit kamu:

1) Pemilihan Warna Solekan untuk Kulit Cerah
- Penggunaan warna terang untuk kelihatan moden dan ceria.
- Penggunaan warna pastel untuk kelihatan lembut, manis dan segar.
- Penggunaan warna gelap untuk kelihatan elegan. Warna ini sesuai untuk digunakan untuk solekan wajah pada waktu malam.
- Penggunaan warna pink dan hijau memberikan kesan klasik.

2) Pemilihan Warna Solekan untuk Kulit Kuning Langsat
- Elak menggunakan warna pastel kerana warna ini akan membuatkan wajah kamu kelihatan kotor atau comot. Kombinasi warna pastel dan warna kuning adalah padanan warna yang tidak serasi.
- Elak menggunakan warna terang kerana jenis warna ini akan memberi kesan terlalu kontra pada wajah. Kamu mungkin akan kelihatan seperti badut!
- Pilihlah warna hijau tua, ungu, biru, pink dan seumpamanya untuk kelihatan menarik untuk solekan pada siang hari.
- Pilihlah warna gelap yang mewah untuk kelihatan elegan pada waktu malam.
- Pilihlah warna emas atau copper untuk kelihatan eksotik.

3) Pemilihan Warna Solekan Untuk Kulit Sawo Matang
- Elak menggunakan warna pastel terutama yang berjenis ‘matte’ kerana warna ini akan membuatkan wajah kamu kelihat kotor atau comot.
- Pilihlah warna-warna yang mengandungi pengilat (shimmer) untuk kesan berkilau dan kelihatan eksotik.
- Pilihlah warna gelap dengan kesan shimmer pada waktu malam untuk kelihatan hebat.

Saturday, October 16, 2010

Perkahwinan Faizal n Wanie 10.10.2010

Aii... Kali ni nak post kan sikit2 gambar sewaktu majlis perkahwinan Faisal dan Wani di Kg Kubang Palas, tendong, Pasir Mas. Alhamdulillah berjalan lancar hingga habis sesi fotografi. Ini jer gambar untuk starter. Insyaallah saya akan poskan lagi gambar2 yang lain...








Thursday, September 30, 2010

pelamin 2010

Hi, para pelayar blog...

Kali ni saya nak poskan antara design pelamin terbaru dari Pesona Cinta Collection" . Pelamin tahun 2010 banyak menggunakan konsep yang amat menarik yang hanya lebih kepada bunga-bungaan yang banyak kepada konsep taman. Dan pelamin 2010 juga banyak kepada penggunaan pelamin astana. ok untuk kali ni akak poskan pelamin "red Roses theme" atau tema Ros Merah juga pelamin design baru astana kerawang. Untuk tempahan mengikut apa sahaja tema anda, kami di Pesona Cinta collection bersedia membantu anda sebagai perundingcara majlis anda. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kak Ieda 017-9380359 serta kak Esya 013-6647379. "Realisasikan Cinta mempesona bersama"



Tuesday, September 7, 2010

Tempahan gubahan hantaran dan sewa bekas hantaran

Lama sungguh rasanya saya tak updatekan blog ni... tengah sibuk dengan tempahan-tempahan dan juga persiapan renovate masukkan barang baru di kedai... untuk bulan ni banyak tertumpukan pada tempahan gubahan hantaran untuk bakal pengantin dan juga untuk majlis pertunangan.

maklumlah, lagipun sekarang ni majlis pertunangan pun dah ada tema dan konsep. persiapan sekarang untuk konsep tropikal garden dan juga konsep arab... erm macamana jadinya pelamin tu, nanti akan saya postkan dalam blog bila sampai hari majlis tersebut.

saya juga nak bagitahu, kedai kami juga menyediakan sewa untuk bekas hantaran contoh, bakul, raga besi dan kayu dan lain2. macam2 ada mengikut pilihan anda. walaubagaimanapun, sekiranya gubahan hantaran dibuat ditempat kami, harga sewa bekas tersebut tidak akan dikenakan.

jika anda berminat bolehlah berkunjung ke kadai kami...

atau hubungi ieda 017-9380359 untuksebarang pertanyaan atau tempahan.

Tuesday, June 29, 2010

Ingat Plak Majlis Pertunangan Sendiri

Erm... Bila duk manage majlis pertunangan ni ingat plak majlis pertunangan sendiri. Majlis hari tu tema hijau... penat gak duk arrage majlis sendiri. takder pengalaman. tambah plak anak sulong. Tarikh pertunangan 6 jun 2009. buat kat rumah aku sendiri kat pasir tumboh. majlis yang serba sederhana kerana masa persiapan singkat jer. Apapun aku puas hati kerana semua persiapan pelamin dan hantaran aku buat sendiri. thanks to mak... dalam tak chat pun tolong aku arrangekan majlis tak lupa gak adik perempuan tersayang ngah,abah and adik banyak bantu. THANKS A LOT...

Erm... tu photo sepanjang majlis sarung cincin... malu and berdebar2 gak waktu kat atas stage. control ayu g2 ahaks. k.. ni antara hantaran yang aku buat untuk bakal tunang hari tu... sekarang dah jdi my beloved husband dah ... ahaks...






Ni plak gambar2 posing ngan family semua... hehe. waktu ni orang duk sibuk bincang kat luar... aku duk bergambar kat dalam... hilang gemuruh g2... ahak




Doakan kami kekal dipanjangkan jodoh ek....